Bengkel Tudung DIY Masjid Negeri

Salam semua...
tak sempat nak hupdate blog lagi...
semuanya sebab biasa la..menyiapkan tempahan jahitan utk raya..seperti biasa..TEMPAHAN DAH DITUTUP..nak siapkan yang mana ada ni dulu, then kalau banyak yg dah siap baru bukak balik..

jangan tamak weiii..tak siap baju org naya...mcm2 disumpahnye kita nanti..

thanks to akak2..yg ikut bengkel tudung lepas..
bersemangat semuanya..siap bawak tudung2 yg tak selesa dipakai utk direpair lagi..
biasa la..kadang2 kainnye memang cantik cuma muka je sesuai ke tak nak pakai..
so jangan dibuang atau disimpan..repair balik je awning2 tu..
Insya'Allah cantik le semula tudung2 tu..

Bengkel lepas kita buat diruang solat wanita di Masjid Negeri..
Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid kerana membenarkan kami mengadakan aktiviti di sana..
bak kata sorang ustaz tu..masjid ni memang tempat utk orang2 islam mengadakan aktiviti..
so dipihak kami, mungkin ini yang dapat kami adakan untuk mengimarahkan..memeriahkan masjid dengan aktiviti yg sihat dan bermanfaat.

terima kasih kepada para peserta atas kerjasama anda semua..kreatif2 diaorang ni..siap jahit separuh je kat leher..pastu nak buat lilit2 kat kepala plak..hehe
sebahagian gambau sepanjang aktiviti berlangsung


Tudung yang dah siap dipotong. tinggal nak jahit je. pola yang disediakan adalah pola standard yang majoriti sesuai utk peserta/ pelanggan

Kak Salina tersenyum je..maklumla dah jumpa saiz awning yang sesuai dan selesa untuk mukanya..saiz biasa panjang 14, lebar 4. Untuk kak salina panjang 12 dan lebar cuma 3 sahaja. pastu pakai tudung siap pusing2 lagi ye..:)

Ida yg sporting..bergaya dengan anak tudung yang sesuai dengan bentuk mukanya..tapi muka ida ni semua boleh..cuma yang awning separuh kurang sesuai skit.

masing2 tgh menyiapkan jahitan terakhir..menyambung awning ke bahagian badan tudung. Maklum le masjid ni luas..jadi habis semua bahagian kami jelajah

Kak Norziah tersenyum malu..alhamdulillah..akhirnya dapat juga buat tudung yg sesuai dengan bentuk muka dan saiz badan ye akak..kak Norziah suka labuh2. so kita besarkan skit pola asal tudung. kreatif tu, jahit separuh je..senang nak gayakan tudung tu!

Kak Hanifah yang cukup bersemangat. dibawa semua tudung yg tak sesuai awning dan potongan badan tudung tu bersama..so akak, lepas ni boleh akak repair ye..jangan simpan. sayang je kain2 yg cantik tu..cabut awning lama, kita ganti dengan awning baru

Kita amik posisi sebelah pulak akak ye..:)..tudung ni adalah pola asal yg diberikan kepada setiap peserta..itulah labuh depan dan belakangnya. Thanks kak Hanifah coz sudi posing yg mengancam ni..:)

Kak Zaharah yang kecil molek..comel je orangnye..kena cari saiz awning yg bersesuaian dengan bentuk muka..labuh tudung ni pun kita kecilkan dari pola asal. siap pin tepi lagi ye!

dan ni dia, IDA..yang sentiasa ceria..bentuk muka memang cantik..pola awning asal, memang kena dgn muka dia..tudung mcm biasa, jahit separuh untuk pelbagaikan gaya pemakaiannya..

Pilih2..jangan tak pilih..awning yang diberikan untuk setiap peserta..
Harga Jual RM8.00 sekeping..tinggal nak sambung pada selendang je..
Harga untuk peserta kursus hanya RM5.00 sahaja..

terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama dan semangat anda sepanjang kita bersama..moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri mahupun satu sumber untuk menambah pendapatan..

0 comments:

top