Azrinaz Mazhar Hakim..








Setelah lama tak update blog ni..bukan info terkini manik yang dikeluarkan..:) tapi perihal ex-wife Sultan Brunei ni pulak..sekadar meluahkan kesedihan..namun bab jodoh ni takde sapa yang boleh memperkatakan...sedangkan kita rakyat biasa bercerai-berai..inikan pula Azrinaz dan Sultan Brunei..

Siapa Azrinaz? sebelum ni org tak amik port pun..maklumlah perkahwinan diaorang pun bukan menjadi hebahan seantero dunia.. tiba-tiba bila bercerai ni menjadi sebutan lak..didada akhbar tak berapa banyak lak..dikaca TV jugak sepi je tapi di laman maya ni bercambah2..macam2 spekulasi berhubung penceraian Azrinaz dan Sultan Brunei diperkatakan..

aku ni salah sorang peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Azrinaz secara diam. Bukan minat apa, suka tengok perkembangan Azrinaz dari dari awal perkahwinannya, selepas melahirkan pertama, kulitnya yang halus mulus tu..pakaiannya yang cantik designnya..juga makeup yang natural sehinggalah beliau melahirkan puteri kedua..termasuklah yang terkini berita penceraiannya..sedikit sebanyak sedih jugaklah..tapi sedih2 kita..sedih lagi empunya badan..tapi kalau baca dari awal topik mengenai azrinaz dalam forum cari.com (my feverite ni..cepat je dapat info terkini pasal ape2lah) mungkin ada yang seronok atau bertepuk tangan dengan berita ni..bukan semua suka pun..tak boleh menerima hakikat yang jodoh itu kerja Tuhan..mengutuk, membenci dan mungkin sekarang bertepuk tangan atas penceraian ni..

ape2pun aku mendoakan yang terbaik buat Azrinaz..moga terus tabah..dan terus berkeyakinan menempuh cabaran mendatang...masih ada putera-puteri pengikat kasih antara mereka berdua..moga jodoh antara mereka masih ada..Wallahua'lam...

Kursus Sulaman Manik dan Labuci

Berminat menyertai kursus sulaman manik dan labuci..jom sertai kami untuk sama-sama menambah kemahiran di dalam bidang sulaman manik dan labuci..

Kursus sulaman manik & labuci


HANYA RM100 (termasuk bahan2 & peralatan, makan & minum)

15 teknik jahitan akan dipelajari, tips2 menarik sedia utk dikongsi...

Lokasi : NoraBeadsCreation, no.2 tingkat 1, kompleks kejiranan present 16, putrajaya (berdekatan alamanda)
Tarikh : 31 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang

Berminat, hubungi nora 0133302039 untuk pengesahan tempat.

Terima Kasih.


Salam aidil adha buat semua..

Salam aidiladha buat semua..

Salam semua..
Terima kasih kepada semua para peserta yang memberikan kerjasama terbaik sepanjang kita berbengkel..semuanya bersemangat walaupun sebelum ni ada yang tidak pernah menjahit..terima kasih jugak kepada peserta yang datang dari jauh..port dickson, johor n tepeng, perok..moga semuanya mendapat manfaat dan berjaya menghasilkan tudung masing2..

sekiranya ada sebarang pertanyaan, kemusykilan leh la sms or ym saya ye..

sebahagian gambau yg sempat diupload..(maaf kualiti x elok coz guna kamera video je.)





Bengkel Sulaman Manik & Labuci @ Kuching, Sarawak


lokasi: Petrajaya, Kuching, Sarawak
Yuran : RM200.00

Tarikh: 10/12/2009 (Hari Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

10 - 15 teknik akan dipelajari. Tips menarik untuk dikongsi..
Pakej termasuk semua keperluan kursus.
Peserta terhad kepada 20 orang sahaja..



CARA PEMBAYARAN

Jika anda berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM80.00 sebagai pra-pendaftaran ke dalam akaun Maybank 158118143146 - Norafiza binti Mohd Hardi .

SMS atau email
tokeybutik@gmail.com untuk memaklumkan mengenai pembayaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Jumpa anda di saaaaaaaaaaaannnnaaa!!!!!

vrrrooooooooooooommmm....nak vacuum blog ni jap..dah bersawang..lamanye tak hupdet..ni pun dah ditegor..jadi sblm kena tutup baik cheq bersihkan sawang2 ni dulu



Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak MARA daerah Perak Tengah atas kesudian menjemputku sebagai tenaga pengajar untuk Kursus Sulaman Manik & Labuci.
Alhamdulillah kursus selama 2 hari di Rumah Rehat Parit berjaya dilaksanakan sebaiknya..
terima kasih kepada semua para peserta yang bertungkus lumus menghabiskan ke semua modul kursus selama 2 hari tersebut..
semoga semua peserta dapat memanfaatkan sebaiknya ilmu yang diperolehi sepanjang berkursus...

Sudi2lah ke kedai saya di Bandar Universiti sekiranya ingin bertanyakan sesuatu atau berkongsi ilmu sesama kita..

untuk mereka yang berada di Kuching, Sarawak..kami akan ke tempat anda pada bulan Disember nanti..(TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA)

Bengkel TUDUNG DIY 25/10/2009



Salam 1 Malaysia untuk sahabat2 semua..
Ingin mempelajari bagaimana membuat tudung sendiri..
sertai bengkal Jahitan Tudung DIY yang akan diadakan pada hari Ahad, 25/10/2009

Lokasi: Lot K04, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Yuran Kursus: RM80.00
yuran termasuk: Kit tudung DIY, Pola, Awning dan makan-makan

apa yang anda akan pelajari:
1. tips menyediakan tudung DIY
2. bagaimana mengubah pola sedia ada untuk menghasilkan pelbagai jenis tudung yang lain
3. bagaimana menentukan kesesuaian awning dengan bentuk muka
4. mengenakan awning pada tudung/ selendang


Peserta tekun menyiapkan tudung masing-masing


dan inilah hasilnya...membuat tudung mengikut keselesaan sendiri

top