Minggu yang penat dan sibuk..




ehmm minggu ni agak penat n sibuk jugak..

Hari Isnin je siap potong semua kain tempahan customer sebelum ke KL. tu pun tak semua dapat disiapkan..nantilah balik dari KL teruskan operasi potong memotong kain..hehe..

Rabu, ubah sikit2 slide presentation untuk adik-adik usahawan PERMATA..alhamdulillah dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan dan buat adik2 tu seronok. rasa terharu bila habis talk ada dikalangan adik2 permata yang ucapkan terima kasih dengan ilmu yang telah dikongsi..walaupun ia sekadar kata2 biasa,tapi besar maknanye...

Malamnye gerak balik ke Perak..singgah umah adindaku..tgk anak sedaraku..zahraa..Nur Zahraa Collection is dedicated to my First anak sedara..anak sendiri takde lagi..nasib baik ada anak sedara penyeri mak ayah kat Kg.sampai serendah rasa letih sangat, so brenti umah Pak Jang..konon nak rehat kejap je tapi terus amik keputusan tido sini n gerak awal esok pagi..

Khamis, balik ke Perak..pagi tadi sempat siapkan manik baju customer kat kedah..then by 3pm sempat pos ngan Bas Maraliner ke Alor Setar. adik ni nak pakai jumaat..ada dinner college di alor setar. alhamdulillah by 9pm, dia dah amik baju tu. hope dia puas hati n kurung moden yang dibuat tu ngam2 ngan badan dia...

pukul 5.00 petang pi kedai, n menyambung kembali keje potong memotong ni..letih sangat tapi teruskan jugak takut tak sempat siap baju customer ikut tarikh yang dijanjikan..last2 tido kedai je...huhu..

so hari ni Jumaat, habiskan keje potong memotong ni je..warghhh letihnya!!!!

Tudung Ikin..Tempahan secara Individu dan borong juga diterima

Berikut adalah sebahagian daripada maklumat lanjut mengenai tempahan..sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus.

(Klik pada gambar untuk imej yang lagi besar)
TQ


Salam semua...
padi sabtu yang ceria..hehe..hari ni memang plan nak ikut geng2 yayasan nurul hikmah ke rumah anak yatim di kg manjoi..first time n hope diri ini akan sentiasa bersyukur dan sedia berkongsi dengan mereka yang tidak bernasib baik di luar sana..

akan diupdate gambar2 sepanjang program di sana nanti...

salam sayang, salam perjuangan,
~ tokeybutik ~

Pagi khamis penuh semangat

Salam semua..
Pagi Khamis yang penuh semangat...
Lepas solat Subuh, terus bersiap nak ke pejabat.Cadangnye nak jogging dulu..tapi mcm malas plak..so terus siap pi kedai..sampai kedai dengan pnuh semangatnya potong kain baju kurung..ehmm banyak helai jugak dapat siap pagi ni ada dalam 12 helai.banyak lagi tu! semua kain ni tempahan dari kolej untuk semua pensyarah n staf..baju kemeja laki dah siap cuma baju kurung je tak siap lagi,...tu pun tak semua pensyarah yang datang ukur baju. ehmm nampak gayanye aku kena p kolej diaorang la..

petang, cadangnye nak pi jogging pun dibatalkan..last2 pi kedai kain cari kain untuk customer aku..nak buat dress untuk dinner..ehmm student sekarang ni hebat2 belaka..kalau dinner, memang melaram habis la!

perjalanan 2009

salam sahabat2 semua..
nampaknya blog ni hanya sempat diupdate bermula tarikh ni 11/2/2009...perjalanan 2009 saya bermula dengan keadaan yang sedikit kelam kabut..bukan tidak cuba mengatur kerja sebaik mungkin tapi berbagai masalah yang muncul buat saya hampir give up dan terasa penat dengan apa yang dilalui selama ni..sedaya upaya cuba memulakan kembali apa yang telah saya susun dan atur semua program2 untuk tahun 2009 ini.

Kecewa dengan apa yang terjadi, namun saya tahu berdiam diri dan berserah segalanya berlalu begitu..masalah saya tidak akan kemana-mana..mungkin apa yang terjadi pada diri saya hari ini, menyedarkan saya untuk bersedia dan sentiasa berwaspada dalam setiap keputusan yang dibuat terutamanya melibatkan perniagaan...

semoga apa yang telah saya lalui dapat menjadi pengajaran paling berharga buat diri saya...MENGALAH BUKAN BEERTI KALAH...TAPI YANG PASTI SAYA AKAN TERUS BERJUANG SELAGI MEREKA YANG SAYA KASIHI TERUS MENYOKONG SAYA...

'Ya Allah kau tabahkanlah hatiku atas apa yang telah berlaku..permudahkanlah segala urusanku..kurangkanlah bebanan yang sedang aku hadapi..tunjukkanlah aku jalan yang harus aku lalui...sesungguhnya aku tidak tahu sampai bila aku mampu menanggung semua ini...jika ini ujianMu untuk menguji sejauhmana ketaatanku padaMU..aku redha Ya Allah..'


buat semua pembaca yang menelefon saya, atau email atau memberikan komen juga yang sekadar lalu disini, saya mohon maaf kerana lama tidak meng'update' blog ini..Insya'Allah saya akan terus berkongsi ilmu dan minat saya bersama kalian semua di sini ...

Salam Sayang buat semua...selamat berjuang!

ikhlas,
~tokeybutik~
top