Cerita ceriti kelas manik

Kali ni cikgu nak bercerita pasal kelas asas sulaman manik labuci pada 17 Mei yang lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Ada peserta yang sebaya dengan opah cikgu lagi tapi masih bersemangat untuk menambahkan ilmu dalam jahitan manik. rata-rata peserta adalah dari kalangan suri rumah dan ada juga dikalangan generasi muda. nampak gayanya suri rumah sekarang dah pandai cari pendapatan sampingan..ye lah apa salahnya sekali sekala meringankan beban suami. Tak gitu sahabat2 semua!
Jom kita layan gambar2 ni:





Peserta Kursus Asas Sulaman Manik Labuci 17 Mei 2008







Istimewa buat ayahanda tersayang..selamat hari lahir yang ke 53. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..dan moga keluarga besar kita terus dilimpahi rahmat, diberkatiNya dan dikukuhkan perasaan kasih sayang antara kita semua..

ehmm..moga ayah terus bahagia dan berkekalan selamanya dengan mak..Amin.

Cerita manik kita pulak, Sabtu lepas kelas manik yang sepatutnya diadakan telah dibatalkan. banyak sangat urusan mengejut yang memerlukan komitmen ahli dalam keluarga. jadi nak tak nak dahulukan yang mana lebih perlu didahulukan dulu. Insya'Allah kelas seterusnya akan diadakan selepas musim cuti persekolahan ni, Insya'Allah.



Tempahan baju Aidilfitri 2008

Hari ni cikgu tekde buat apa2 pun. just makesure baju yang customer nak ambil minggu ni n cuti sekolah nanti dah siap.. baju tempahan pengantin semua dah siap..baju yang tak siap lagi ialah baju orang yang nak pi kenduri kahwin lak..hehe..Insya'Allah tempahan untuk musim perayaan aidilfitri dah bukak. so sesapa nak tempah boleh la buat penempahan sekarang..untuk yang area perak especially perak tengah leh la datang ke butik..untuk yang di KL or shah alam, cikgu ada di Taman Tun Dr Ismail, Bandar Sri Damansara dan Kota Damansara setiap minggu ke dua pada setiap bulan. the whole week memang ada kat sana utk ambil/hantar baju tempahan, juga mengadakan kelas manik.

suasana di tingkat atas butik cikgu- tempat nak menyiapkan jahitan, potong kain dan semua2lah yang berkaitan ngan tempahan ni:











































Kelas Sulaman Manik Labuci

Alhamdulillah, sambutan kelas jahitan manik sekarang ni amat menggalakkan. cumanye cikgu tak suka nak ambil ramai2 peserta. kalau boleh satu kelas dalam 15 orang, ok la. sebabnya kelas ni memang totally praktikal.teorinya cuma pada pengenalannya sahaja..yang lain tu sambil ngajar terus buat..

sebelum ni kelas cikgu diadakan di butik cikgu. but now, lepas dah kerjasama dengan kolej komuniti, majoriti kelas diadakan di kolej komuniti. tempat pun selesa untuk 15 orang. kalau di butik cikgu, had peserta kurang dari 10 orang..bukan tak selesa cuma nak lebih dekat dengan peserta.. kalau boleh habis je belajar dah boleh ambil upah jahit manik..

Perkara yang selalu cikgu tekankan pada peserta ialah kalau nak mahir dalam sulaman manik dan labuci mestilah RAJIN dan BERANI AMBIL TEMPAHAN. kalau jahit baju sendiri, 10 tahun belum tentu siap..hehe. tapi kalau kita ambil tempahan, kita akan lebih bertanggungjawab untuk menyiapkan tempahan yang diterima..secara otomatiknya ia menjadi dorongan untuk kita lebih mahir dan kreatif dalam jahitan manik..ehmm betul tak?

Ni gambar-gambar masa kelas Asas Siri 1 pada 19 April 2008 yang lepas
















Sulaman Manik Labuci

Sulaman manik labuci adalah sesuatu yang manjadi kegilaan golongan wanita pada masa kini..kalau kawan2 semua tengok, sulaman ni dah jadi trend..kalau tempah baju tu, mesti nak jahit manik sekali..apa2pun manik ni kalau kena gayanya baju yang murah pun cantik..dan bukan sesuatu yang nak dihairankan bila kadang2 harga untuk tempahan manik labuci boleh cecah hingga ribuan ringgit..
apa yang aku nak share di sini adalah macam mana bermulanya minat saya dalam dunia manik sehingga akhirnya menjadi pendapatan tambahan untuk saya sendiri...oleh kerana setiap kali ada kelas manik, para peserta panggil saya cikgu..jadi saya akan gunakan gantinama saya dengan CIKGU
r
r
Bermulanya kisah......
CIKGU ni memang ada butik..dah hampir 2 tahun butik CIKGU beroperasi.butik ni berkonsepkan busana muslimah kontemporari..bermula dengan jualan pakaian siap, tudung dan selendang serta aksesori2 lain, CKGU tambah lagi satu servis kat kedai iaitu perkhidmatan tempahan jahitan -pakaian dan langsir. Alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan dan kadang2 menjadi pendapatan utama butik plak berbanding jualan barang siap.
kisah manik ni bermula bila CIKGU rajin melayari fotopages setahun yang lepas..ya ampun banyaknye otai2 manik kat sana. cantik2 plak tu..memang hari2 gila nak jengok sana..masa cikgu jadi konsultan kat KL, pernah la nak gi belaja manik ngan sebuat pusat jahitan ni, dah booking banyak kali tapi takde rezeki nak ikuti kelas..sibuk yang amat..sehinggalah suatu hari tu bila salah sorang otai manik ni dah mula buat kelas..CIKGU pun register..alhamdulillah dapat jugak ikuti, kelas yang kedua rasanya..dan berjuta2 penghargaan kutujukan buat kakakku @ cikgu manikku @ http://msdnoraini.fotopages.com/ yang membuka jalan padaku untuk berkecimpung dalam dunia manik...KAK NOR thanks a lot..
r
r
Sehinggalah ke hari ini..manik menjadi sebahagian dalam hidup CIKGU. Setiap minggu CIKGU terikat dengan kelas manik yang diadakan dengan kerjasama kolej komuniti..dan manik juga memberikan pendapatan tambahan, yang kadangkala melebihi pendapatan tetap bulanan CIKGU..apa yang penting kena KREATIF, RAJIN dan SABAR untuk berkecimpung dalam dunia MANIK LABUCI..
top