Kelas Sulaman Manik Labuci

Alhamdulillah, sambutan kelas jahitan manik sekarang ni amat menggalakkan. cumanye cikgu tak suka nak ambil ramai2 peserta. kalau boleh satu kelas dalam 15 orang, ok la. sebabnya kelas ni memang totally praktikal.teorinya cuma pada pengenalannya sahaja..yang lain tu sambil ngajar terus buat..

sebelum ni kelas cikgu diadakan di butik cikgu. but now, lepas dah kerjasama dengan kolej komuniti, majoriti kelas diadakan di kolej komuniti. tempat pun selesa untuk 15 orang. kalau di butik cikgu, had peserta kurang dari 10 orang..bukan tak selesa cuma nak lebih dekat dengan peserta.. kalau boleh habis je belajar dah boleh ambil upah jahit manik..

Perkara yang selalu cikgu tekankan pada peserta ialah kalau nak mahir dalam sulaman manik dan labuci mestilah RAJIN dan BERANI AMBIL TEMPAHAN. kalau jahit baju sendiri, 10 tahun belum tentu siap..hehe. tapi kalau kita ambil tempahan, kita akan lebih bertanggungjawab untuk menyiapkan tempahan yang diterima..secara otomatiknya ia menjadi dorongan untuk kita lebih mahir dan kreatif dalam jahitan manik..ehmm betul tak?

Ni gambar-gambar masa kelas Asas Siri 1 pada 19 April 2008 yang lepas
















0 comments:

top