Azrinaz Mazhar Hakim..








Setelah lama tak update blog ni..bukan info terkini manik yang dikeluarkan..:) tapi perihal ex-wife Sultan Brunei ni pulak..sekadar meluahkan kesedihan..namun bab jodoh ni takde sapa yang boleh memperkatakan...sedangkan kita rakyat biasa bercerai-berai..inikan pula Azrinaz dan Sultan Brunei..

Siapa Azrinaz? sebelum ni org tak amik port pun..maklumlah perkahwinan diaorang pun bukan menjadi hebahan seantero dunia.. tiba-tiba bila bercerai ni menjadi sebutan lak..didada akhbar tak berapa banyak lak..dikaca TV jugak sepi je tapi di laman maya ni bercambah2..macam2 spekulasi berhubung penceraian Azrinaz dan Sultan Brunei diperkatakan..

aku ni salah sorang peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Azrinaz secara diam. Bukan minat apa, suka tengok perkembangan Azrinaz dari dari awal perkahwinannya, selepas melahirkan pertama, kulitnya yang halus mulus tu..pakaiannya yang cantik designnya..juga makeup yang natural sehinggalah beliau melahirkan puteri kedua..termasuklah yang terkini berita penceraiannya..sedikit sebanyak sedih jugaklah..tapi sedih2 kita..sedih lagi empunya badan..tapi kalau baca dari awal topik mengenai azrinaz dalam forum cari.com (my feverite ni..cepat je dapat info terkini pasal ape2lah) mungkin ada yang seronok atau bertepuk tangan dengan berita ni..bukan semua suka pun..tak boleh menerima hakikat yang jodoh itu kerja Tuhan..mengutuk, membenci dan mungkin sekarang bertepuk tangan atas penceraian ni..

ape2pun aku mendoakan yang terbaik buat Azrinaz..moga terus tabah..dan terus berkeyakinan menempuh cabaran mendatang...masih ada putera-puteri pengikat kasih antara mereka berdua..moga jodoh antara mereka masih ada..Wallahua'lam...

0 comments:

top